Tak pernah luah perasaan, gadis balas rasa sayang dengan lamar tunang sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Lain orang lain cara tunjuk bukti kasih dan kesetiaan terhadap pasangannya. Ada yang memberikan apa yang pasangan mahu tapi ada juga yang mengajak ke hubung halal sebagai tanda ikhlasnya mereka.

Lamar teman lelaki.

Seperti gadis ini apabila dia tampil melamar teman lelakinya sebagai tanda kasihnya kepada lelaki berkenaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh @jiehafezal97 ini memaparkan detik dirinya membuat persiapan untuk melamar teman lelakinya ketika ulang tahun ke-24.

Rakaman video berdurasi 37 saat itu turut memunjukkan lelaki berkenaan menerima lamaran tersebut malah gadis berkenaan terus menyarung cincin di jari manisnya.

Memetik laporan mStar Online, gadis bernama Nurain Najiha M.Fezal itu menyatakan bahawa dia dan lelaki berkenaan telah berkenalan selama 11 tahun dan sebenarnya mereka telah bertunang pada awal tahun ini.

“Memang betul saya melamar tunang saya masa hari jadi ke-24. Tapi dia terlebih dahulu melamar saya sebagai isteri dan kami bertunang pada Januari lalu.

“Saya sebenarnya berperwatakan kasar dan susah untuk meluahkan perasaan. Jadi, sudah tiba masa saya tunjuk perasaan saya padanya dengan melamarnya,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen