"Anak saya bukan bahan uji kaji..." - Almy Nadia & suami tegas tak setuju anak ambil vaksinasi Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pengumam pihak kerajaan tentang pemberian vaksin kepada kanak-kanak bawah umur 12 tahun ternyata mendapat pelbagai respon dari orang ramai.

Turut menyuarakan kebimbangan mereka adalah pasangan selebriti Almy Nadia dan juga suaminya Fizz Fairuz yang meluahkan bantahan terdapat perkara berkenaan.

Tak setuju anak jadi bahan uji kaji.

Menerusi perkongsian di Instagram aktres berkenaan, dia memaklumkan bahawa anak-anak mereka bukan tempat uji kaji malah bimbang sekiranya anak yang masih kecil tak mampu menerima kesan dari vaksinasi tersebut.

“Wahai kerajaan, anak-anak saya bukan bahan uji kaji anda semua ya, tolong ambil perhatian, cukup kami yang dewasa ni kena vaksin pun sakit. Ya tahu dose mesti kurang untuk kids but still sakit, dah kerajaan cakap 5tahun-11 tahun bahan uji kaji,” luahnya.

Dalam pada itu dia turut mengakui sedikit emosinal terhadap perkara berkenaan selain tegas tidak bersetuju anaknya dijadikan bahan uji kaji.

“Sorry saya sangat sangat emo bab ni. Anak-anak saya bukan bahan uji kaji anda wahai kerajaan. Sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anak maaf saya takkan benarkan anak-anak saya jadi bahan uji kaji,” tulisnya lagi.

Almy juga menegaskan bahawa dia bukan seorang antivaksin memandang anak-anaknya mendapat vaksin yang sepatutnya dengan cukup selain dia juga telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 pada Ogos lalu.

“Saya bukan antivaksin, saya ibu mengandung yang dah cukup 2 dose pfizer awal bulan 8. Jadi saya tahu sakitnya macam mana,” ujarnya.

Turut bersetuju!

Perkara tersebut turut disokong oleh suaminya, Fizz Firuz yang juga berkongsi pendapatnya di Instagram miliknya dengan memaklumkan kesan vaksin tersebut terlalu kuat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

“Belom sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak, sebab kesan dia terlalu kuat untuk kanak-kanak. Walaupun telah di kurangkan isi kandungan, tetapi tetap memberikan kesan terhadap kanak-kanak,” tulisnya.

Perkara tersebut juga dipersetuju pengikut mereka yang mendakwa mereka tidak akan membenarkan anak-anak mereka mengambil vaksin tersebut kerana bimbang akan kesannya.

Setuju, anak-anak belum kuat

Betul tak setuju!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen