'Minah Saleh' didakwa langgar SOP, polis sudah kenal pasti suspek

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kekecohan yang dilakukan oleh dua wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka muka di dua buah pusat beli-belah, baru-baru ini telah dikenal pasti pihak polis.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang berusia lingkungan 50-an akan dipanggil memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Katanya, setakat ini pihaknya telah selesai mengambil keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Setakat ini suspek telah dikenal pasti dan rakaman keterangan saksi kejadian dan saksi lain baru selesai diambil.

"Seterusnya adalah tindakan lanjut melengkapkan kertas siasatan bagi proses akhir siasatan," katanya.

Noor Dellhan menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang 'minah saleh' yang dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan selepas cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.

Ia merupakan kejadian kedua selepas wanita sama sebelum ini turut didakwa tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan di sebuah butik di Suria KLCC.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen