"Itu anak kau!" -Netizen berang lelaki maki 'security', alasannya tak tolong jagakan anak

Tindakan seorang penghuni pangsapuri memaki hamun pengawal keselamatan seperti memakan diri sendiri selepas videonya tular di media sosial pada Sabtu.

Hal ini kerana rata-ratanya berada di pihak pengawal keselamatan itu yang sepertinya menjadi mangsa keadaan sahaja dalam situasi suami isteri yang juga merupakan penyewa pangsapuri berkenaan.

Tular video lelaki maki pengawal

Difahamkan, kejadian bermula apabila pengawal terbabit meninggalkan anak kepada penyewa itu di atas meja sekuriti kerana ingin membuat rondaan.

Susulan insiden, pengawal itu dimarahi serta menerima ugutan selain cubaan melakukan kekerasan fizikal yang mana kejadian itu turut disaksikan oleh orang awam dan rakaman CCTV.

"Mesti anggap guard macam hamba"

Walaubagaimanapun, tindakan lelaki terbabit menerima kritikan dalam kalangan netizen kerana menganggap tidak wajar ianya berlaku memandangkan anak tersebut adalah di bawa tanggungjawabnya.

 

"Aku pun marah!"

"Sukahati je kena jaga anak dia"

"Aku tak suka orang macam ni"

"Itu bukan skop kerja pengawal..."

Dalam waktu sama, pihak pengurusan turut bersuara agar penghuni bangunan berkenana tidak sewenang-wenangnya berbuat demikian ke atas pengawal keselamatan kerana ia tidak termaktub dalam skop tugas kawalan keselamatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen