Terkejut adik ditumbuk lepas turun kereta, kakak rayu orang awam bantu jejak lelaki 'baju hijau'

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila adiknya diserang oleh seorang lelaki tak dikenali selepas mereka keluar dari 'Kereta Angkut' di sebuah pusat beli belah.

Panik adik diserang lelaki tak dikenali

Video berdurasi 23 saat itu telah dimuat naik oleh Ieffa Manan di Facebook bagi meminta orang ramai untuk mengenal pasti individu  itu susulan tindakannya berbuat demikian.

 

Difahamkan, kejadian berlaku di tempat letak kereta, AEON Tebrau City pada Sabtu apabila adiknya diserang oleh seorang lelaki berbaju hijau tak dikenali.

Tidak hanya dengan itu, lelaki itu turut menyerang seorang pekerja AEON yang cuba ingin meleraikan perselisihan itu kerana membahayakan orang awam lain.

"Sepatutnya pengawal tahan..."

Walaubagaimanapun, usaha polis untuk menjejaki individu terbabit tidak berjaya selepas pengawal keselamatan menghalaunya begitu sahaja, tanpa ada sebarang tindakan.

"Adik akak dah telefon polis, tapi polis tak dapat nak jejak lelaki tu sebab sepatutnya pengawal tu tahan dia, tapi dia dilepaskan macam tu je."

"Tak pasti dia tengah high ke apa kan, atau mental tapi dia tak seharusnya berlegar macam tu, bahaya untuk orang awam, orang ada anak kecil dan orang tua."

Justeru itu, dia memutuskan berkongsi video tersebut dengan harapan pelaku dapat ditahan bagi siasatan lanjut sekaligus tidak berulang kejadian sama kepada orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen