Wanita tempah kubur sendiri undang spekulasi netizen - "Nanti kalau saya mati jangan lupa ziarah tau"

Oleh: Shasha Zack

Setiap manusia akan berakhir dengan kematian. Namun bagaimana cara kita mempersiapkan diri adalah berlainan.

Namun begitu, tular baru-baru ini tentang seorang pengguna Tiktok, @sendu363 yang telah menempah liang lahad untuk diri sendiri sebagai persediaan menghadapi kematian.

"Sebenarnya kubur ni kosong tau. Tapi kita tanda..."

Menerusi video yang dikongsikan oleh @sendu, dia telah memberitahu kepada pihak pengurusan tanah perkuburan mengenai 'tempahannya' bersebelahan pusara arwah adik dan bapanya.

"Nanti kalau saya mati, awak datang la tengok saya. Jangan lupa tau datang..."

"Jodoh ajal maut, rezeki pertemuan tanah kubur tak siapa tahu"

Menjengah ke ruangan komen, tindakan wanita ini ternyata memberi banyak spekulasi dan persoalan dari netizen. Ada yang bercakap mengenai takdir untuk bertemu ajal, jodoh dan tempat pemakaman hanya diketahui oleh Allah SWT.

"Itu cuma harapan saya..."

Menjawab kepada pertikaian oleh netizen, wanita ini membalas dengan berkata ianya hanyalah harapan untuk dikuburkan bersebelahan dengan ahli keluarganya tanpa sedikit pon tujuan lain.

"Mana boleh tanda kubur. Niat tak menghalalkan cara"

Ada juga netizen yang menyelar tindakan wanita ini dengan berkata tindakan yang diambil adalah sama sekali bercanggah dengan hukum Islam.

"Saya tak pagar kubur tu, cuma keluarga saya tanam di situ..."

Menjawab kembali kepada pertikaian netizen yang lain, wanita ini turut membalas komen tersebut dengan video yang dimuat naik untuk menjelaskan tindakannya. Dia juga menyifatkan teguran netizen tersebut sebagai sesuatu yang kasar dan memberitahu bahawa dia cuma 'menanda' kubur berkenaan tanpa memagarnya dengan harapan dapat dikebumikan berdekatan dengan keluarga.

"Content lapar publisiti.. golongan orang serakah..."

Tambahan pula, ramai netizen yang menyifatkan tindakan wanita ini hanya lah untuk konten di aplikasi Tiktok dengan tujuan untuk meraih publisiti murahan. Malahan ada yang mengecam wanita ini dengan melabelkannya sebagai orang yang tamak.

"Setiap Jumaat memang konten saya pasal kubur..."

Menjelaskan kepada isu publisiti, @sendu363 memberitahu bahawa sememangnya pada setiap hari Jumaat, konten yang dibuat untuk Tiktoknya adalah berkaitan kubur untuk mengingati kematian. Dia juga menjelaskan bahawa tindakannya tidak salah dan hanyalah 'menanda' kubur kosong untuk dikebumikan ketika dia meninggal dunia.

"Sebak kak..Moga Allah permudahkan urusan..."

Tidak kurang juga netizen yang sebak dengan perkongsian ini dan mendoakan agar wanita ini dipermudahkan urusan untuk menghadapi kematian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen