Lepas 18 penuntut UPNM, netizen gesa buru bomoh pula. -"Dia penipu, dia fitnah orang..."

Dalam pada orang ramai berdebat tentang hukuman ke atas 18 pelaku yang terlibat dalam kes kematian Zulfarhan Osman, nyata ada beberapa pihak lain yang kini turut menjadi bualan mereka.

Malah, warga netizen turut menggesa agar semuanya ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini kerana melibatkan maruah dan juga keadilan.

Bomoh tuduh Zulfarhan curi laptop diburu

Dalam perkongsian individu bernama Izzudin Yusof menyaksikan beberapa pihak yang terlibat dalam kes tersebut dan yang paling menjadi perhatian ketika ini adalah seorang lelaki yang mengaku dirinya bomoh.

 

 

Difahamkan, bomoh itu merupakan bapa kepada salah seorang pelajar UPNM juga yang mana telah mencadangkan agar menggunakan khidmat bomoh untuk mencari laptop yang dikatakan hilang sebelum ini.

"Bodoh, semua percaya bomoh tu!"

Dia mewakili suara netizen lain akui berang dan kesal kerana mentaliti kesemua pelaku yang terlibat percaya khidmat bomoh itu yang tidak diketahui sejauh mana kesahihannya.

 

"Kejadian ni serius bodoh, dari kebodohan mencuri, bodoh percaya bomoh, bodoh membuli dan bodoh tak guna akal..."

"Dan segala jenis kebodohan yang lain, akhirnya membawa kepada tamatnya riwayat insan yang tak bersalah."

Untuk makluman, isu ini kembali berbangkit selepas mengenangkan keputusan mahkamah ke atas pesalah kerana tindakan mereka itu sudah melampui batas, bahkan sehingga menyebabkan kematian.

Selain itu, semuanya juga tahu betapa tragisnya pemergian Zulfarhan di tangan 18 manusia kejam itu tetapi hukuman yang dikenakan tidak memadai.

Rata-rata rakyat Malaysia ketika ini berharap agar nasib arwah Zulfarhan terbela dan pihak berwajib mengadili kes ini dengan seadil-adilnya. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen