"Takkan nak spend beribu untuk poster .." - Gadis jawab kecaman netizen isu taksub dengan BTS

Oleh: Shasha Zack

Siapa saja yang tidak kenal dengan Idol dari Korea Selatan, BTS? Sekarang ini, tidak kira peringkat umur, ramai yang semakin meminati K-Pop.

Hal ini termasuklah seorang gadis yang memuat naik satu video dirinya 'unboxing' produk Coway yang dibeli dengan poster BTS sebagai 'free gift' sehingga ramai yang melabel dirinya sebagai 'taksub' dengan kumpulan Korea berkenaan.

"Aku beli Coway sebab nak poster BTS."

Menerusi video dengan kapsyen tersebut, ternyata mengundang kecaman netizen yang menyelar tindakan gadis ini sebagai satu pembaziran. Namun, sebahagian netizen ada juga yang menyesali tindakan ibu bapa mereka membeli penapis udara tersebut terlampau awal kerana 'melepas' poster BTS.

@eyka.yanaa Jom unboxing air purifier, Semangat kau sebab poster BTS🤚🏻 ALang2 kucing kat rumah ni dah sampai 5ekor kan.. #btsxcoway #bts #airpurifier ♬ Shes from Hawaii - Yoongi’s wife (Real)

 

"Taksub."

Susulan daripada kecaman yang diterima, gadis ini tampil memberikan penjelasan mengenai tujuan sebenar dia membeli penapis air ini. 

Katanya, pembelian Coway bukanlah untuk poster BTS semata-mata dan turut menerangkan bahawa ianya adalah hadiah percuma sahaja. Ianya adalah kerana untuk menyedut habuk dan bulu kucing yang dibelanya.

@eyka.yanaa Reply to @bukanadamnot ♬ Shes from Hawaii - Yoongi’s wife (Real)

 

"Memang ada poster BTS. Tapi bukan taksub..."

Ada netizen yang menyangka bahawa gadis ini berkata bohong tentang poster BTS yang diterima dengan pembelian Coway ini. Namun, @eyka.yana menjawab komen tersebut dengan memuat naik video menunjukkan poster tersebut dalam saiz A2.

@eyka.yanaa Reply to @myhopeisyouu ♬ lay it down - chillytunees

 

"Caption akak tu saja-saja jaa.. Kebetulan beli dapat poster..."

Ada netizen yang menerangkan situasi gadis ini dan memberitahu bahawa sebenarnya kapsyen yang dibuat hanyalah gurauan dan dia bukanlah seorang pentaksub.

"Aku beli benda mahal sebab nak poster animeje."

Aa juga netizen yang memahami situasi gadis ini kerana dia juga pernah membeli barang mahal untuk mendapatkan poster anime sahaja.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen