7 undang-undang pelik di luar negara

Di dalam sesebuah kerajaan, sudah termaktub undang-undang yang digunapakai bagi melancarkan sistem pemerintahan selain melahirkan rakyat yang berdisiplin.

Namun, undang-undang setiap negara itu berbeza mengikut keperluan kerajaan serta rakyat di bawah pemerintahan mereka.

Berikut merupakan antara undang-undang pelik yang telah dikuatkuasakan oleh 7 buah negara di dunia.

 

1. Denmark

Denmark merupakan negara Nordik yang paling kecil dan paling Selatan.

Walaubagaimanapun, ada satu undang-undang mereka yang membuatkan kita terfikir seketika apabila rakyatnya perlu memasang lampu kenderaan sepanjang masa ketika memandu, tanpa mengira siang atau malam.

Jika didapati gagal berbuat demikian, macam biasalah meraka akan didenda.

2. Arab Saudi

Umum mengetahui bahawa Arab Saudi merupakan sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai kisah sejarah pada zaman dahulu.

Malah, negara itu juga mengetengahkan hukum Allah dalam undang-undang terpakai mereka termasuklah mengeluarkan denda jika terdapat individu makan di khalayak ramai pada waktu puasa sepanjang bulan Ramadan.

Lebih tidak sangka, individu yang bersalah ini juga boleh dipenjarakan tau. Tengoklah betapa rakyat ini dipraktikkan untuk menghormati bulan-bulan mulia.

3. Perancis

Seterusnya adalah Perancis yang mana kerakyatan di sana tidak dibenarkan guna navigasi satelit (maps) ketika memandu.

Mereka boleh didenda sehingga 1,500 euro atau lebih kurang RM 4805.91 jika ditukar dengan mata wang Malaysia.

4. Itali

Kemudian kita teroka pula undang-undang di negara yang selalu menjadi tumpuan pelancong iaitu Itali.

Itali memang kaya dengan pelbagai lokasi menarik, jadi rasanya tiada masalah kepada para pelancong sekiranya datang ke negara ini kerana anda akan didenda sekiranya tidak senyum.

Namun, denda itu hanya berkuatkuasa di Milan kerana penduduk di sana hanya membenarkan wajah berkerut ketika berada dalam majlis pengebumian atau di kalangan pekerja hospital sahaja.

5. Thailand

Sementara itu, di Thailand pula mereka dilarang memijak wang kertas  yang memiliki wajah raja Thai.

Barangkali sebagai tanda menghormati pemerintah mereka yang amat dikenali dengan sifat berjiwa rakyat dan sebagainya.

6. Singapura

Singapura merupakan sebuah negara Republik yang mengamalkan sistem Parlimen sama seperti di Malaysia yang mana Perdana Menteri berperanan besar dalam pemerintahan.

Antara undang-undang yang digariskan kepada rakyatnya adalah mengenakan denda sehingga $10,000 (RM 30,765) sekiranya didapati menggunakan Wifi orang lain.

Menurut mereka, ia merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh berdepan hukuman penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

7. Greece

Akhir sekali, bagi yang ingin melawat beberapa bangunan atau muzium bersejarah di sana elakkan memakai kasut bertumit.

Hal ini bukanlah kerana ia merupakan kesalahan jenayah tetapi lebih kepada keselamatan kerana kebanyakan bangunan sejarah di sana mempunyai permukaan yang tidak rata.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen