Nafi dakwaan bersubahat dengan tertuduh, gadis minta netizen selidik dulu sebelum cakap

Gara-gara memuat naik ciapan di Twitter berhubung kes Zulfarhan, gadis ini menerima pelbagai kritikan serta tuduhan yang mendakwa bahawa dia bersubahat dengan salah seorang pelaku yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut empat tahun lalu.

Gadis perjelas isu tular

Enggan mendiamkan diri, dia bernama Najihah tampil membuat 'live' menggunakan akaun Instagram miliknya bagi memperjelas situasi sebenar sekaligus meminta agar pengguna media sosial lebih berhati-hati sebelum mengecam.

 

 

Sorotan video itu dapat dilihat menerusi muat naik Irdina di laman Tiktok berhubung isu yang tular sebelum ini.

"Kita sebagai manusia janganlah mudah sangat nampak salah orang, jangan cepat sangat nak hukum orang."

"Aku berani tweet macam tu sebab aku tahu cerita sebenar, tapi minta maaf sangat-sangat sebab aku tak boleh cerita sebab nanti dia jadi makin panjang..."

"Keluarga kitaorang rapat..."

Dalam pada itu, dia turut menafikan dakwaan netizen tentang hubungannya dengan salah seorang tertuduh sebaliknya keluarga mereka memang rapat dan saling mengenali.

"Aku berani tweet macam tu sebab aku tahu cerita sebenar, tapi minta maaf sangat aku tak boleh bagitahu."

"Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan salah seorang pelaku, family kitaorang memang rapat."

"Kebetulan nama saya dengan makwe dia sama...Najiha, tapi itu bukan saya."

 

 

Sebelum ini, Najihah ada memuat naik ciapan di Twitter seperti mempersoal punca kematian Zulfarhan malah, wargamaya juga terus menerus menghentam 18 pelaku tanpa selidik terlebih dahulu kronologi sebenar dari kedua-dua belah pihak.

Walaubagaimanapun, majoritinya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana menganggap tindakan mereka sudah melampaui batas kerana telah menyebabkan kematian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen