Terima notis dari KPDNHEP, pemilik restoran siakap 'kayangan' diarah beri penjelasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari ini tular akan siakap ‘kayangan’ oleh beberapa orang pelanggan yang mendakwa tertipu akan sebuah restoran di Pulau Langkawi.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata notis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya," katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna laman Facebook mendakwa terpaksa membayar bil hidangan RM1,759.50 termasuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen