Gelagat 'baby' excited dapat aiskrim cuit hati netizen - "Geram je comel sangat!"

Oleh: Shasha Zack

Selalu kita dengar mengenai perumpamaan 'perempuan dan makanan tak boleh dipisahkan' bukan? Sebenarnya hal ini memang sinonim dengan perempuan tidak kira peringkat umur kerana makanan itu sendiri sememangnya boleh membuatkan golongan ini gembira.

Sama lah halnya dengan video yang tular baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang nampak teruja dan berubah 'gedik' setelah bapanya membelikanya aiskrim. 

"Bila perempuan pantang nampak makanan."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aliassyafikahalias di laman Tiktoknya, reaksi 'gedik' anak perempuannya di dalam kereta apabila mendapat aiskrim ternyata mengundang perhatian netizen dengan gelagatnya yang 'menggeletis' namun comel itu.

"Wah ingatkan anak saya sorang je macamni.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi anak perempuan wanita ini yang sangat comel apabila mendapat aiskrim.

Malahan ada yang turut berkongsi bahawa anaknya juga seperti itu iaitu teruja apabila mendapat makanan.

"Dia punya menggeletik tu comel je.."

Malahan ada yang menyifatkan reaksi 'menggeletik' yang ditunjukkan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai sesuatu yang sangat comel.

"Makanan tu macam heaven bagi kaum hawa.."

Selain itu, ada netizen yang memberi kenyataan bahawa makanan sememangnya 'syurga' dunia buat wanita.

"Acik yang 30an ni pon auto gedid bila dapat aiskrim.."

Ada juga yang mengaku meskipun sudah berusia 30an, namun masih tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila mendapat aiskrim.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen