3 tahun bercinta ditinggal begitu saja, gadis tak sangka bertemu jodoh lepas kenal tak sampai sebulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pastinya pernah gagal dalam percintaan, malah ada yang mengambil masa yang lama untuk temui keberanian baru dalam menjalinkan hubungan lagi.

Walaubagaimanapun, pastinya seseorang yang tepat akan hadir pada waktu yang sesuai sekaligus menyembuhkan luka yang terdapat di dalam hati.

“Bercinta 3 tahun kena tinggal macam tu je...”

Hal yang sama dilalui oleh gadis yang dikenali sebagai @adah.syuhdh ini apabila berkongsi sedikit kisah perjalanan bertemu dengan pasangannya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya memaparkan beberapa moment dirinya menangis kecewa kerana ditinggal kekasih hati selepas tiga tahun bercinta.

Meskipun begitu, dia bersyukur apabila bertemu dengan jodoh sebenarnya walaupun tidak sampai sebulan mereka berkenalan.

“Alhamdulillah kenal tak sampai sebulan rupanya jodoh sebenar,” tulisnya di dalam video tersebut.

Video berdurasi 17 saat itu juga memaparkan dirinya disarung cincin dipercayai oleh bakal ibu mentuanya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman hampir sama malah ada juga yang meluahkan rasa kebimbangan.

Nak kahwin terus 

Kongsi pengalaman sama

Tahniah, moga berkekalan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen