Siapa sangka, ini 10 negara bahaya buat keselamatan wanita

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai wanita yang tinggal di Malaysia, pastinya kita bebas untuk berkerja dan belajar sama seperti orang lelaki. Malah, ada juga wanita yang memiliki kerjaya sama seperti orang lelaki dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi.

Bagaimanapun, di negara luar, penindasan terhadap wanita giat dilakukan hingga rata-rata mereka merasakan tidak selamat dengan keadaan sekeliling.

Hasil tinjauan berdasarkan kajian The Thomson Reuters Foundation mendedahkan pelbagai faktor berkaitan, hingga membuatkan 10 negara ini paling bahaya untuk wanita.

India

Negara India tersenarai sebagai negara paling bahaya untuk wanita dengan mencatatkan kes ancaman keganasan yang tertinggi. Antara ancaman utama yang dilalui oleh wanita India adalah seperti penderaan seksual, pemerdagangan manusia, buruh paksa, perhambaan seks dan perhambaan domestik.

Afghanistan

Negara ini dikenali sebagai negara yang berbahaya untuk wanita melalui tiga aspek iaitu penindasan kepada akses kesihatan, penindasan melalui sumber ekonomi dan keganasan bukan seksual.

Syria

Selepas tujuh tahun perang saudara berakhir, wanita di Syria berdepan dengan ancaman akses kesihatan yang terhad dan keganasan bukan seksual. Ia termasuklah keganasan berkaitan konflik penderaan secara domestik.

Somalia

Somalia menjadi negara paling bahaya untuk wanita berikutan akses kesihatan dan ekonomi yang terhad untuk golongan berkenaan. Selain wujud juga budaya yang diamalkan oleh masyarakat Somalia yang meletakkan wanita pada keadaan yang terancam.

Arab Saudi

Kajian yang sama meletakkan Arab Saudi sebagai negara yang berbahaya untuk wanita lantaran pemerintahan yang bersifat konservatif seperti diskriminasi di tempat kerja dan hak memiliki harta.

Pakistan

Negara ini menduduki tangga kelima dalam keganasan bukan seksual seperti penderaan domestik. Namun negara ini juga antara paling teruk dari aspek ekonomi, Pakistan turut mengamalkan budaya yang mengancam nyawa wanita seperti amalan ‘pembunuhan bermaruah’.

Republik Demokratik Congo

Menjadi negara paling bahaya untuk wanita terutamanya dari aspek keganasan seksual. Congo juga pernah dikritik oleh PBB kerana pentadbiran kerajaan negara berkenaan tidak mampu berdaya-saing setelah bertahun-tahun berada dalam situasi pertumpahan darah.

Yaman

Yaman dikatakan tidak mampu menyediakan akses yang baik kepada wanita dari sudut kesihatan, sumber ekonomi selain memiliki amalan tradisi yang membahayakan.

Nigeria

Terkenal dengan isu pemerdagangan manusia, negara ini juga dikatakan mengamalkan tradisi yang membahayakan wanita.

Amerika Syarikat

Sebagai satu-satunya negara barat yang tersenarai sebagai negara yang bahaya untuk wanita dari aspek gangguan seksual. Ia termasuklah paksaan melakukan seks, dan akses kurang keadilan dalam menangani kes rogol.

Macama mana? Bersyukur jadi rakyat Malaysia?

Artikel Lain

Tinggalkan Komen