Dua kali gagal dalam percintaan, wanita tak sangka bertemu jodoh dengan jiran sendiri -"Jarak rumah kami seminit je..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak sangka jodoh datang seawal ini selepas dua kali gagal dalam percintaan, itulah yang dikatakan wanita ini selepas sah bergelar isteri kepada seseorang yang dia kenali selama empat bulan.

Baru sahaja berkenalan di Instagram sekitar empat bulan lalu, Anis farahin Roslin menerima ketentunan akan jodohnya dengan suami, Nor Syahmizi Safwan Nordin biarpun baru sahaja mengenal hati budi.

Memetik laporan mStar Online, Anis maklumkan bahawa dia menerima kiriman mesej dari tukang gunbting rambut itu pada 5 Julai lalu.

“Dia mula hantar direct message (DM) di Instagram pada bulan Julai. Dia follow Instagram saya, kemudain saya pun follow back. Kami tak pernah kenal pun selama ini. Padahal jarak perjalanan rumah kami dalam seminit sahaja.

“Mungkin dia follow sebab saya ada buat bisnes menerusi Instagram. Awal-awal tu saya perasan dia macam nak try saya, tapi saya malas nak layan.

“Instagram dia pun kosong tanpa gambar. Saya tertanya-tanya, macam mana rupa dia? Tapi saya minta supaya dia tunjuk gambar. Bila kenal dari media sosial, kita kena selidik.

“Selepas bermesej di Instagram, kami jumpa tak lama kemudian. Sejujurnya saya rasa selesa, macam dah lama kenal. Sebab tu kami teruskan hubungan ini,” kongsinya.

Mengakui trauma untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki, wanita berusia 25 tahun itu menyatakan kesungguhan suaminya mengubah hatinya.

“Saya pada awalnya malas nak layan. Saya baru saja putus tunang. Dah dua kali saya tak jadi kahwin. Jejaka pertama tu saya putus tunang. Yang kedua dia hanya merisik saja, janji nak kahwin tapi tak kesampaian.

“Jadi bila kali ketiga saya serius dengan lelaki macam ni, saya kena kecam dengan keluarga sendiri. Tapi suami saya berani datang rumah jumpa mak ayah saya. Suami saya senang serasi dengan keluarga saya.

“Sebulan selepas kami berkenalan menerusi DM, kamipun dah keluar bersama, akhirnya dia datang merisik dan tetapkan tarikh untuk nikah.

“Saya tak sangka proses ini berlaku sangat cepat. Saya fikir dah tak ada jodoh saya dalam tahun 2021. Tapi Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini. Dia pun kata yang kami boleh bercinta lepas nikah," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen