Nampak comel, tapi rupanya 10 haiwan ini bahaya kepada manusia

Oleh: Zuzu Yasmine

Haiwan yang comel dan berwarna warni biasanya mudah menjadi perhatian orang ramai. Mana tidaknya penampilan yang dimilikinya itu membuatkan ramai yang geram hingga ada yang ingin memegang mereka.

Bagaimanapun, tidak semua haiwan tersebut jinak dan manja seperti paras rupa mereka yang menyenangkan, boleh jadi mendatangkan mudarat kepada diri anda.

Berikut adalah 10 haiwan comel tapi bahaya untuk didekati.

Burung kasawari

Burung ini kelihatan seperti burung unta yang berwarna-warni dan boleh ditemui merayau-rayau di hutan hujan Australia dan New Guinea. Ia lebih suka menyendiri tetapi akan bertindak agresif dan melindungi wilayahnya jika diganggu. Berupaya melompat dan berlari dengan laju, burung ini mampu menyerang dengan cara menujah kukunya yang besar ke arah sasarannya.

Kucing liar

Di Amerika Utara, puma sering menjadi ancaman kepada pengembara dan kanak-kanak. Namun, bagi kucing terbesar di dunia seperti harimau, singa, jaguar, harimau bintang dan cheetah boleh mengundang bahaya jika diperlakukan secara salah. Dianggarkan terdapat 15,000 ekor haiwan ini dikurung di Amerika Syarikat dan sebilangan kecil sahaja disimpan dalam zoo yang bertauliah.

Musang/Weasel ekor panjang

Wajah dan saiznya yang comel tidak mengambarkan siapa dirinya. Mereka ini terkenal dengan kebolehan membunuh mangsa yang 10 kali lebih besar dari diri mereka sendiri. Penghasilan metabolisme yang cepat pada tubuh badan mereka membuatkan mereka sentiasa lapar dan agresif.

Koala

Memiliki gigi yang tajam dan rahang yang kuat mampu memutuskan kaki anda. Kuku yang panjang bukan sahaja digunakan untuk memanjat pokok namun sebagai serangan terhadap mereka yang mengganggu mereka. Namun, mereka hanya menyerang jika terasa bahaya.

Musang merah

Terkenal dengan kenalannya, musang jenis ini suka tinggal bersendirian namun mereka ini sangat agresif. Bukan sahaja menyerang haiwan ternakan ataupun haiwan kecil, musang jenis ini juga mampu menyerang kanak-kanak. Malah, musang merah juga membawa penyakit anjing gila dan penyakit lain dengan satu gigitan.

Kongkang

Haiwan ini kelihatan seperti tidak berbahaya, tetapi kongkang adalah satu-satunya mamalia beracun di dunia. Keadaan semulajadinya menjadikannya sangat popular dalam perdagangan haram. Orang ramai seharusnya mengetahui dan mengelakkan daripada racunnya yang dibebaskan daripada sikunya. Apabila diancam, haiwan ini akan mengambil racunnya dan dicampur bersama air liurnya. Ia juga akan menjilat rambutnya sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan pemangsa. Racunnya boleh membawa maut melalui kejutan anaphylactic.

Katak damak beracun

Warna karismatik dimilikinya mungkin menarik perhatian, namun ia sebenarnya amaran supaya anda menjauhkan diri. Katak damak beracun adalah antara makhluk paling beracun di bumi. Penduduk asli India Amerika menggunakan rembesan toksik katak ini sebagai racun pada hujung damak sumpitan.

Gila monster

Cicak ini yang mempunyai bintik merah jambu atau jingga ialah satu daripada beberapa cicak berbisa di dunia dan merupakan cicak asli terbesar di Amerika Syarikat. Walaupun bergerak dengan perlahan, Gila monster berupaya membebaskan dos racun yang boleh membawa maut jika diganggu atau terpijak. Sekiranya digigit oleh Gila monster, tenggelamkan cicak ini dalam air untuk melepaskan diri anda daripada gigitannya.

Sotong cincin biru (blue-ringed)

Kecil, tetapi boleh menjadi besar. Dikenali sebagai salah satu haiwan paling beracun di dunia. Ia tinggal di kawasan berair pasang surut merangkumi kawasan dari Australia hingga ke Jepun. Sering ditemui ketika mengharungi sekitar kolam dengan air yang pasang surut. Akan menggigit jika diusik atau terpijak. Racunnya tiada penawar dan mampu membunuh mangsa hanya dalam beberapa minit.

Ikan pufferfish

Ikan pufferfish ialah haiwan vertebrata yang kedua paling beracun di dunia. Nelayan di kawasan perairannya menyarankan agar sarung tangan yang tebal dipakai bagi mengelakkan terkena racun dan mengelakkan risiko digigit sewaktu membuang mata kail. Racun daripada ikan ini tiada sebarang penawar, membunuh mangsa dengan cara melumpuhkan diafragma yang menyebabkan lemas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen