Hasrat tertunai, remaja lumpuh terharu dapat naik kereta kali pertama

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, seorang remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Aziana Shaari yang lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan yang berlaku ketika beliau berusia 10 tahun, menyimpan hasrat ingin menaiki kereta api sebelum menutup mata.

Susulan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merealisasikan hasrat seorang remaja perempuan yang lumpuh untuk menaiki kereta api dari stesen Sungai Petani menuju ke stesen Butterworth, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Aziana meluahkan rasa terharu apabila buat pertama kali merasai pengalaman menaiki kereta api sepanjang hidupnya.

Sejak kecil remaja berkenaan sememangnya berminat melihat kereta api yang melalui landasan berhampiran rumahnya dan memasang impian untuk menaiki kenderaan tersebut.

"Setiap kali kereta api lalu, mesti dengar dan nampak tetapi belum pernah naik. Ini kali pertama dibawa naik, rasa seronok sangat," katanya ketika dibawa menaiki kereta api berkenaan dari Sungai Petani ke Stesen Butterworth, Pulau Pinang.

Ibu Aziana, Fatimah Hashim, 50, berkata, dia terharu dan bersyukur kerana KTMB menunaikan hasrat anaknya yang terlantar sejak lapan tahun lalu.

"Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira. Pagi-pagi lagi Aziana sudah siap tak sabar untuk menaiki kereta api.

"Sebelum ini, setiap kali Aziana nak tengok kereta api, saya akan tolak dia ke luar rumah. Tapi hari ini dia dapat naik. Alhamdulillah," katanya yang begitu seronok melihat anaknya gembira.

Sementara itu, dua kakitangan paramedik turut mengiringi Aziana bagi memantau kesihatan dan keselamatan serta dimeriahkan dengan kehadiran maskot KTM, Komi dan maskot ETS, Kapten EJ.

Terdahulu, Aziana mengalami lumpuh selepas dihempap konkrit akibat runtuhan di belakang rumahnya di Pinang Tunggal, Seberang Perai selain menghidap memasalah pendengaran dan kerosakan paru-paru, buah pinggang serta pundi kencing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen