Kasih isteri, tetap urus suami kurang upaya meski sarat mengandung

Oleh: Shasha Zack

Bukti cinta sejati ialah sentiasa bersama walau pelbagai ujian atau badai melanda. Itulah kisah inspirasi mengenai seorang isteri yang kekal setia menjaga dan menyayangi suaminya meskipun berkerusi roda.

"Tutorial memindahkan pasangan ke kerusi roda.."

Menerusi video yang tular di Tiktok oleh @devy_na1 merakamkan seorang isteri membantu suaminya untuk duduk di kerusi roda menarik perhatian netizen kerana kegigihannya walaupun sedang sarat mengandung. 

Video itu dirakamkan ketika pasangan tersebut sedang melakukan sesi maternity photoshoot di sebuah kawasan lapang.

"Semoga terus kuat dear.."

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi dengan perasaan yang bercampur baur.

Ada yang kasihan melihat keadaan wanita ini yang sarat mengandung namun tidak lupa untuk mendoakan agar wanita ini sentiasa kuat dan tabah.

"Isteri betul2 sayang suami."

Ada juga yang menyifatkan bahawa isteri tersebut menyintai suami dengan ikhlas kerana sanggup melakukan apa sahaja buat suami walau sedang sarat hamil.

"Bangga tengok akak ni, sanggup susah payah dengan suami."

Tidak kurang juga yang bangga melihat kekuatan semangat wanita ini yang menggalas tanggungjawab besar mengandungkan zuriat dan menjaga suami yang kurang upaya. Dia juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jannah.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen