Saja 'check' telefon mak, anak tepuk dahi tengok banyak kod MySejahtera dalam 'gallery'

Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan sistem kod MySejahtera untuk merekod perjalan orang ramai selain dapat membendung penularan wabak sekiranya mereka dari kontak rapat dan sebagainya.

Kod MySejahtera penuh 'gallery'

Walaubagaimanapun, tak dinafikan bahawa segelintir individu di luar sana tidak tahu untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi golongan warga emas.

Jadi, tidak hairanlah jika pemuda ini tepuk dahi mengenangkan nasib sama yang menimpa emaknya menggunakan kod My Sejahtera itu.

 

 

Dalam perkongsian Bea, dia tergelak sewaktu memeriksa telefon emaknya apabila mendapati fail album dipenuhi dengan gambar kod MySejahtera.

"Dah banyak kali ajar"

Dia akui terhibur dengan tindakan emaknya, walhal sudah banyak kali diajar cara menggunakan kod tersebut, namun si emak masih mengulangi kesilapan sama.

"Kelakarlah makcik ni"

Susulan perkongsian, rata-ratanya jadi tak keruan mengenangkan tindakan emaknya itu. Mereka faham situasi tersebut kerana ia masalah biasa yang terjadi dalam kalangan pengguna warga emas.

"Kena sumpah nanti ketawa"

 

"Tu tangkap gambar makcik"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen