Setahun menabung RM20 demi hadiahkan isteri Iphone 13 Pro sempena anniversary, bukti kasih suami

Oleh: Shasha Zack

Ulang tahun perkahwinan sangat bermakna bagi sesetengah pasangan. Ada yang menyambut dengan ala kadar, namun ada juga yang menyambutnya dengan gah seiring dengan kemampuan masing-masing.

Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh seorang suami yang berkongsi keazaman dan tekadnya menabung demi sebiji smartphone terbaru jenis Iphone 13 Pro selama setahun bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

"Saya asingkan RM20 untuk elakkan diri daripada membelanjakannya."

Setelah hasil simpanan tersebut cukup, suami ini membawa kesemua duit yang disimpan secara tunai dan memberi kepada jurujual di kedai telefon berkenaan untuk mengiranya sebelum dia membawa pulang telefon idaman isterinya.

Video yang dimuat naik di Facebook oleh Nick Hiew ini dikongsikan dalam 'group' Iphone dan mendapat perhatian netizen yang kagum dengan semangat lelaki ini menabung dengan hadiah kejutan buat isteri tercinta.

Apa sahaja demi orang tersayang

Begitulah bukti kasih sayang yang ditunjukkan suami kepada isteri walaupon terpaksa mengikat perut selama setahun. Sanggup melakukan apa sahaja demi melihat isteri bahagia.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen