Tiada niat pertikai harga sotong RM100, pelanggan mohon maaf

Susulan tular dakwaan pelanggan mengeluh harga hidangan dua ekor sotong bernilai RM100, pemilik restoran tampil memaklumkan bahawa pelanggan itu telahpun membuat permohonan maaf.

Nafi dakwaan pertikai harga sotong

Memetik laporan Malaysia Gazette, pengarah restoran Hameediyah iaitu Muhammad Riyyaz Syed Ibrahim berkata wanita berkenaan menafikan dirinya mempertikai harga hidangan sotong goreng 'apollo' di media sosial.

Sebaliknya, ada pihak yang menyunting gambar yang dimuat naik olehnya di laman Instagram dengan kapsyen tertentu.

"Pelanggan tersebut mesej saya untuk beri penjelasa sebenar, selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng 'apollo' itu."

"Selain itu, individu berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan mohon maaf ini agar orang ramai dapat penjelasan sebenar."

-Pengarah restoran-

Minta polis cari individu cetus salah faham

Walaubagaimanapun, pemilik restoran itu tetap ingin membuat laporan bagi menjalankan siasatan mengenal pasti individu yang sengaja mencetuskan harga hidangan di restoran nasi kandar miliknya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen