Bakal suami pembawa Talasemia, wanita lega keputusan negatif walau check last minute. - "Gugur jantung."

Oleh: Shasha Zack

Masyarakat kini sudah semakin peka dengan penyakit Thalasemia yang sebenarnya sudah lama ada dalam komuniti kita.

Penyakit ini tidak boleh diambil remeh lebih-lebih lagi bagi pasangan yang bakal berkahwin.

Dikhuatiri jika kedua pasangan merupakan pembawa penyakit ini, anak yang bakal lahir bakal berdepan dengan kompilasi hidup.

"Last minute check, memang tempah maut.."

Menerusi perkongsian serang gadis yang bakal berkahwin, @eyfaafifi97 di Tiktok, dia menyeru agar semua pasangan yang bakal berkahwin membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui adakah anda pembawa atau tidak.

Hal ini kerana, bakal suami gadis ini merupakan pembawa Thalasemia dan gadis ini pada mulanya sama sekali tidak cakna untuk membuat pemeriksaan kesihatan. 

Apabila tinggal menanti hari untuk diijabkabulkan, hampir gugur jantungnya mennati keputusan dan akhirnya menarik nafas lega kerana ianya negatif.

Oleh itu, tujuan gadis ini membuat video adalah untuk memberi kesedaran kepada semua agar tidak memandang remeh tentang Thalasemia.

"Pembawa talasemia hadir.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang menghidapi penyakit ini turut berpesan kepada semua yang bakal berkahwin untuk memeriksa kesihatan sebelum terlambat.

"Talasemia penyakit keturunan.."

Ada juga netizen yang menjelaskan tentang Thalasemia agar masyarakat luar sana lebih mengetahui dan peka tentang penyakit ini.

"Memang risiko kalau pregnant.."

Ada juga yang berkongsi pengalaman mempunyai kakak yang menghidap penyakit ini dan mempunyai masalah dalam kandungannya semasa sedang mengandung.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen