Hampir sebulan hilang jejak, adik masih menanti kepulangan abang

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dilaporkan hilang tanpa jejak selepas bertolak ke Terengganu sekitar jam 1.30 pagi pada 29 Oktober lalu.

Pakai baju hitam & berseluar pendek.

Menerusi perkongsian Izz Anisaa yang merupakan adik kepada pemuda berkenaan memaklumkan pakaian kali terakhir abangnya adalah baju berwarna hitam berlengan pendek berserta seluar jeans pendek.

Pemuda berkenaan juga memandu kereta Grand Livina berwarna silver bernombor WWF 3187 pada hari dirinya hilang tanpa jejak.

Katanya lagi, abangnya bergerak dari rumah ke Kemaman, Terengganu untuk bekerja dan hanya mengetahui kehilangan tersebut selepas mendapat penggilan dari syarikat abangnya memaklumkan pemuda berkenaan tidak hadir berkerja.

“Abang saya bergerak dari rumah di pasir gudang jam 1:30 pagi (29 oktober) ke Kemaman, Terengganu untuk bekerja. Sepanjang hari tak dapat terima khabar melalui call atau whatsapp dan kami beranggapan dia sudah masuk site. Selalu dia masuk site tak bawa telefon.

“Jam 10:51pm staf company dia telefon beritahu yang Iman tak masuk kerja. Sedangkan hari tu 29 Oktober dia akan bekerja,” kongsi Izz Anisaa di laman Facebook.

Laporan polis telah dibuat.

Apabila mereka sekeluarga cuba untuk menghubungi abangnya, namun hanya disambungkan ke peti simpanan suara.

Dalam perkongsian tersebut, Izz turut disertakan foto Iman bergambar di depan kereta Nissan model Grand Livina berwarna perak dengan nombor pendaftaran WWF 3187.

“Pada 29-10-2021 pada pukul 1.30 pagi Iman bertolak ke Terengganu dan sampai sekarang beliau masih belum dapat dihubungi atau dijumpai.

“Jika ada yang melihat atau jumpa sila hubungi kami 011-18646801 (Puan Azmawati), 012-7106646 (En. Azhar) (dan) 011-10697509 (En. Azuni).”

Difahamkan laporan polis telah dilakukan sejak kehilangan abangnya di Ibu Pejabat Daerah Kemaman Terengganu dan sehingga hari ini masih belum lagi ada khabar berita mengenai pemuda berkenaan.

Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan pemuda berkenaan akan segera ditemukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen