Sudah menjadi norma baharu untuk sentiasa memakai pelitup muka ke mana sahaja destinasi kita. Hal ini demi membendung dan memutuskan rantaian Covid-19 yang masih berleluasa di dunia.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis yang menegur cara pemakaian 'mask' yang salah oleh seorang pak cik dengan cara yang sangat ramah dan lemah lembut buat netizen terharu.
"Pakcik, salah pakai mask macamtu."
Menurut perkongsian video tersebut, gadis ini ternampak seorang pakcik yang sedang berdiri dengan cara pemakaian pelitup muka yang salah. Lalu, dia mendekati pakcik tersebut dan menegur dengan cara yang sangat sopan serta membetulkan cara pemakaiannya.
"Thank ypu for educating ya kak.."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat teguran gadis ini yang sopan dan lemah lembut tanpa mengguris hati pakcik berkenaan.
Caring and nice person
Ramai juga netizen yang menyifatkan tindakan gadis ini sebagai sesuatu yang prihatin dengan hati yang baik.
Tinggalkan Komen