Kakak dedah sikap adik 'autism', walau dah besar tapi masih ada tantrum - "Kita jangan pernah pinggirkan dia."

Oleh: Shasha Zack

Penyakit autism bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Kini, ramai yang mempunyai keluarga atau kenalan rapat yang telah membuat video demi memupuk kesedaran untuk masyarakat di luar sana mengenai penyakit autism ini.

Terbaru, perkara ini sekali lagi mendapat perhatian netizen melalui satu perkongsian dari seorang kakak yang merekod aktiviti harian dan 'tantrum' yang dihadapi oleh adiknya yang menhidap penyakit ini.

"Walau umur dah 14,nampak macam normal, tapi masih ada tantrum dia.."

Menerusi perkongsian @yvmmy929 di tiktok, dia berkongsi satu video tentang sikap sebenar adiknya yang menghidap autism. Ramai yang bertanya tentang penyakit adiknya yang nampak normal kerana tidak pernah melihat sisi mengamuknya. 

Namun, perkongsian kakak ini menjelaskan, meskipun telah menginjak 14 tahun, namun ada masanya mereka sekeluarga akan menghadapi 'tantrum' adiknya. Cara penyelesaian adalah dengan memujuk menggunakan ayat yang baik serta serta jangan pernah tinggalkan dia keseorangan seperti yang dikongsikan dalam video.

Masa sekolah rendah, adik pernah kena buli

Turut berkongsi, kakak ini menceritakan pengalaman melihat adiknya dibuli semasa di bangku sekolah lagi. Namun atas kebaikan guru dan komuniti sekolah, ramai yang menjaga kebajikan dan keperluan adiknya yang autism ini.

"Try beli punching bag.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penyakit ini turut meninggalkan komen mengenai bagaimana sikap ahli keluarga mereka.

Adayang cuba memberi cadangan dengan membelikan 'punching bag' sebagai medium untuk melepaskan tantrun yang dihadapi.

"Macam adik saya.."

Ada juga yang berkongsi pengalaman mempunyai adik yang autism sehingga kadang-kadang menimbulkan kemarahan dirinya.

"Bila makin besar, kurang tantrum.."

Ada juga yang berkongsi sikap tantrum adiknya yang kini menginjak usia 22 tahun dan nampak semakin kurang menunjukkan tantrum.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen