Gadis mengamuk konvoi Perodua Aruz memandu perlahan walau di lorong kanan, - "Thanks rosakkan pagi aku."

Oleh: Shasha Zack

Budaya konvoi dalam masyarakat kita sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia. Malahan tujuan konvoi adalah bergerak bersama ke satu destinasi untuk mendapat keterujaan yang berganda bersama rakan konvoi yang lain.

Walaupon tidak semua melangar peraturan jalan raya, namun budaya ini kerap kali 'mengganggu' perjalanan orang lain dek kerana bilangan kenderaan yang menyertai adalah dalam jumlah yang banyak.

"Punca jam pagi pagi buta.."

Begitulah hal yang dikongsikan oleh @nidaasifa di Twitter mengenai rasa marahnya terhadap satu 'geng' konvoi Perodua Aruz yang bergerak secara perlahan walaupon memandu di lorong kanan.

Bukan sahaja mengganggu lalu lintas, malahan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk di pagi hari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah melalui pengalaman sama berkongsi cara mereka cuba memotong konvoi yang berada di atas jalan raya. Ada yang bercerita pernah memotong sambil menekan hon sehingga melepasi semua konvoi kenderaan tersebut.

"Aku pernah pecahkan konvoi, marah diorang.."

Ada juga berkongsi pernah memecahkan konvoi kereta sehingga membuatkan 'geng' konvoi berkenaan marah.

"Berderet lane kanan pastu slow sebab nak tunggu member.."

Ada juga yang menceritakan pernah melihat geng konvoi yang lain menaiki pelbagai jenis kereta dan menyatakan faktor lewat mereka kerna menunggu rakan yang lambat di belakang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen