Isteri sedih buang bekal basi, sebab suami lebih pilih maggie

Oleh: Shasha Zack

Dalam hidup berumah tangga perlulah saling bertolak ansur dan saling menjaga hati untuk kekal harmoni. Jika tidak, salah seorang akan makan hati dengan sikap pasangan yang boleh mengakibatkan pergaduhan.

Hal ini sama dengan perkongsian seorang isteri yang kecewa dengan kelakuan suaminya kerana langsung tidak menjamah bekal yang telah disediakan.

"Gigih buat bekal, sikit pon tak dijamah.."

Menerusi perkongsian @nia.darlina97 di Tiktok, dia merakamkan isi bekal yang dibuang ke dalam tong sampah bersama perasaan kecewa kerana usahanya yang tidak dihargai. Menurut kapsyen, wanita ini gigih menyiapkan bekal buat suaminya namun langsung tidak dijamah dengan alasan tidak sempat makan.

Suaminya hanya makan maggi dan meninggalkan segala isi bekal tanpa diusik sehingga mengakibatkan isteri ini makan hati.

"Bila tak masak, dibandingkan dengan isteri orang lain."

Perkongsian ini mendapat perhatian oleh para isteri di luar sana yang turut merasai kekecewaan wanita ini apabila usahanya langsung tak dihargai.

Ruangan komen pula mendapati ada netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila dibandingkan dengan isteri orang lain ketika kebetulan dia tidak memasak untuk suami. 

"Tiba-tiba rasa taknak kahwin."

Ada juga netizen yang meninggalkan komen takut untuk mendirikan rumah tangga kerana risau bakal menerima nasib sama dengan isteri ini yang tidak dihargai suami.

"Aku kalau ada bekal, bersyukur sangat.."

Ada juga netizen yang bersimpati dengan nasib isteri ini dan menyatakan bakal makan sedikit demi menjaga hati malah bersyukur kerana dibawakan bekal oleh isteri.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen