Beli barang seorang diri, gadis dakwa dirakam lelaki tak dikenali -"Suspicious cara dia pegang phone..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang gadis berdepan detik cemas apabila mendakwa telah dirakam secara sembunyi-sembunyi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang membeli barang di sebuah kedai runcit dipercayai di kawasan Kota Damansara.

Diikuti lelaki tak dikenali.

Menerusi perkongsian beberapa video oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @__shesni dia mendedahkan ketika sedang membeli barang dia mendapati seorang lelaki mengekorinya sambil memegang telefon dengan cara yang mencurigakan.

“So aku rasa macam dia tengah record aku, sebab aku memang nampak screen phone dia tengah recording. Lama weh...” kongsinya di dalam video berkenaan.

Bimbang akan keselamatan dirinya, dia juga telah merakam lelaki tidak dikenali itu untuk dihantar kepada keluarganya sekiranya terdapat kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyedari perkara itu dan cuba untuk mengelakkan dari dirakam oleh mangsa.

Menurutnya, dia menunggu kelibat lelaki tersebut di dalam kereta dan mendapati individu berkenaan keluar dengan tangan kosong dari kedai runcit itu.

Buat laporan polis.

Dalam perkongsian video yang lain pula, @__shesni memaklumkan dia telah membuat report polis sebagai langkah berjaga-jaga selain berpesan agar orang ramai terutama wanita agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Malah, dia turut memaklumkan bahawa dia telah menerima rakaman CCTV dari pemilik kedai tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet yang mana mendakwa lelaki curi-curi rakam untuk dijadikan ‘content TikTok’.

Malah ada juga yang meluahkan rasa bimbang dan geram akan kejadian tersebut.

Takut nak ikut trend TikTok je

Susah jadi perempuan

Rakam tanpa kebenaran tu salah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen