"Bini masak bang.." - Gelagat kawan cemburu member bawak bekal isteri masak cuit hati ramai

Oleh: Shasha Zack

Air tangan isteri sememangnya adalah yang terbaik selepas air tangan ibu. Di samping jimat, masakan isteri juga lebih sedap kerana dimasak dengan penuh kasih sayang biarpun lauknya hanya 'simple' dan ringkas.

Begitulah kisah lucu yang tular apabila seorang suami yang makan bekal isteri di tempat kerja sambil dibahan oleh rakan-rakan di sekelilingnya.

"Kau ada bekal? Takde? Hmm lemah.."

Video yang dimuat naik oleh @imran_bzr di Tiktok merakamkan rakannya yang sedang makan dan ditanya mengenai siapakah gerangan yang memasak bekal tersebut.

Dengan bangga, lelaki tersebut menjawab soalan dengan menyatakan bekal tersebut dimasak oleh isteri kesayangannya sebelum makan dengan penuh selera cukup buat semua yang ada di sekeliling cemburu dan situasi menjadi riuh dengan gelak tawa mereka.

"Ni contoh bini sayang suami.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bangga melihat reaksi lelaki tersebut yang bangga dengan bekal dimasak oleh isterinya. Tindakan lelaki tersebut juga disifatkan sebagai suami yang menghargai isteri yang telah bersusah payah memasak dengan penuh kasih sayang untuk bekal suami.

"Saya biasa masak bekal suami kena masak lebih.."

Ada juga yang berkongsi bahawa pengalaman sama di mana dia turut memasak buat suami namun perlu melebihkan masakan untuk dikongsi bersama rakan-rakan suaminya.

"Kalau isteri bawakkan bekal memang best.."

Ada juga netizen yang mengakui seronok apabila dibawakan bekal oleh isteri ke tempat kerja kerana rasa lebih berselera untuk makan ditambah lagi kalau berkongsi dengan kawan-kawan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen