Netizen terpegun tengok kreativiti geng asrama lelaki, 'transform' dorm jadi tempat layan 'movie'

Oleh: Shasha Zack

Zaman belajar adalah zaman yang paling seronok dan paling menjadi memori bagi sesetengah individu.

Mana taknya, zaman belajar adalah masa di mana kita boleh 'menikmati' hidup dengan kawan sepuas-puasnya lebih-lebih lagi mereka yang memasuki alam asrama.

"Bila bukak pintu. Wow!" 

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pelajar asrama, @_ammarraziq yang memuat naik satu video di Tiktok menunjukkan mereka sedang beratur untuk masuk ke dalam panggung wayang dalam satu satu bilik asrama.

Video berdurasi 10 saat itu menarik perhatian netizen yang terpegun melihat transformasi bilik dorm mereka menjadi sebuah 'panggung wayang' yang dipenuhi lampu berkerlipan.

"Tiket VIP tentu seat katil."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa 'cemburu' melihat silaturrahim antara pelajar lelaki yang sebaik ini.

Malahan melihat dari kedudukan susunan 'panggung wayang' tersebut, ada yang berseloroh bahawa katil merupakan 'seat VIP'.

"Best pastu tengok himpit2 reramai."

Ada juga yang mengakui suasana tersebut pastinya seronok apabila dapat menonton beramai-ramai bersama kawan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen