Tak sanggup biar bekas isteri tanggung sakit, lelaki dermakan buah pinggang, kahwini semula wanita itu

Oleh: Shasha Zack

Apabila mendapat tahu bekas isteri menghidap penyakit kronik, seorang lelaki dari China memutuskan untuk berkahwin semula dengan wanita tersebut.

Bekas isteri hidap uremia lepas berpisah

Menerusi laporan Mothership, Chen Zhenfeng dan isterinya, Xie Hongxia mendirikan rumah tangga pada 2012 namun bercerai pada 2019.

Namun begitu, Xie mendapati dirinya menghidap penyakit uremia (kegagalan buah pinggang) sebaik sahaja mereka membawa haluan masing-masing.

Sanggup derma buah pinggang untuk bekas isteri

Chen yang terkejut mengetahui hal itu, memutuskan untuk berkahwin semula dengan Xie malah sanggup mendermakan buah pinggang supaya wanita itu kembali sihat dan gembira.

Dia juga berkata tidak sanggup membiarkan isterinya menderita seorang diri tanpa sokongan.

Sanggup jual rumah untuk tampung kos perubatan.

Bukan itu sahaja, Chen juga sanggup menjual rumahnya demi menanggung kos perubatan Xie. Kos yang menelan RM4000 sebulan meliputi pemeriksaan doktor dan rawatan dialisis.

Penjualan rumah tersebut ekoran dari gaji Chen yang tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan.

Veteran tentera turut bantu menyumbang

Chen yang juga seorang bekas tentera mendapat pertolongan dari veteran tentera dan orang ramai di mana dia mendapat sumbangan kira-kira RM13, 276 untuk meringankan kos rawatan Xie.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen