Hargai jasa guru, pelajar pakat hadiah kereta sempena persaraan

Oleh: Zuzu Yasmine

Jasa ibu bapa sememangnya akan dikenang selamanya namun jasa seorang guru juga tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Mana tidaknya, siapa kita hari ini juga adalah salah satu didikan dari guru0guru.

Sama seperti guru bernama Ahmad Bidin yang cukup disayangi oleh para pelajarnya hingga menerima sebuah kereta dari para pelajarnya sempena persaraannya.

Memetik laporan Utusan Online, guru yang telah berkhidmat selama 35 tahun sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) itu tidak sangka diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.

Menurut guru berusia 58 tahun ini, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis yang turut membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar, ia diadakan di hotel.

“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.

“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya.

Ahmad juga berkata, sebaik sahaja hadir ke majlis berkenaan, dia tidak nampak langsung kenderaan tersebut di parkir pekarangan hotel tersebut dan ia diserahkan kepadanya semasa dia mahu pulang sambil diiringi Pengetua TKC, Roslina Abd. Aziz.

Dia yang berasal dari Port Dickson akui terkejut apabila diberikan hadiah berkenaan lebih-lebih lagi belum pernah dalam pengetahuannya guru bersara menerima hadiah sebuah kenderaan.

“Mungkin ada tapi saya tak tahu. Namun, saya masih terkejut. Apa pun perkhidmatan saya di sekolah ini sejak tahun 1986 sebenarnya banyak dibantu oleh pengetua-pengetua yang cemerlang, rakan sekerja yang juga cemerlang, dan pelajar yang sememangnya sudah bagus.

“Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen