Masih bau kedai, suami isteri sayu lihat perabot dan kereta motor rosak akibat banjir

Bencana banjir yang melanda tempoh hari benar-benar memberi satu tamparan hebat buat penduduk yang terjejas.

Bukan sahaja berdepan detik sukar, malah terpaksa menanggung kerugian yang sangat banyak berikutan melihat keadaan tempat kediaman dan harta benda musnah.

Sayu lihat rumah lepas banjir

Berdepan nasib sama, dia yang menggunakan nama fatamas ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan keadaan kawasan kediamannya yang juga terjejas.

 

 

 

Kenderaan pergi kerja rosak

Lebih menyentuh hati, segala perabot dan barangan isi rumah yang baru dibeli sekitar 4 bulan lalu tercemar dek selut selepas paras air surut, bahkan kedua-dua buah kereta dan motosikal juga tidak dapat diselamatkan.

Tiada kata yang mampu dilafazkan melainkan redha dengan ujian yang mereka perlu terima.

"Moga semuanya dipermudahkan"

Dalam waktu sama, perkongsian itu turut menyentuh emosi warga netizen susulan mengenangkan keadaan dia dan mangsa lain yang terjejas.

 

Ujian untuk orang yang hebat

Rata-ratanya berharap agar mereka kuat menempuhinya dan percaya bahawa ada rezeki lain bakal menanti mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen