Pernah rasa 'struggle' nak dapat anak, wanita tak sangka hamil lagi pada usia 42 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu apabila berusia 35 tahun ke atas, ramai para isteri cuba untuk mengelak dari hamil lagi. Bukan sudah penat menguruskan anak kecil namun mengadung pada usia ini dikatakan agak berisiko kepada ibu dan juga anak tersebut.

"Ingatkan kilang dah tutup..."

Bagaimanapun, lain pula dengan wanita ini apabila teruja bakal menimang cahaya mata pada usia 42 tahun.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @lovemikhaela ini dia tidak menyangka bakal dikurnaikan rezeki anak pada usianya ketika ini.

Menurutnya, dia menyangka mempunyai masalah hormon namun sangkaannya salah apabila disahkan mengandung sekali lagi.

Meskipun begitu, dia mengakui sedikit takut akan kehamilan kali ini memandangkan usianya yang sudah meningkat.

Pernah rasa lambat dapat anak.

Kongsinya lagi, dia pernah berdepan menanti cahaya mata yang agak lama bahkan, usia anak pertama dan keduanya juga sangat jauh iaitu 11 tahun.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut tumpang teruja akan berita gembira itu. Malah, mereka turut mengucapkan tahniah selain mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Lahirkan anak pada usia 42 tahun

Terbabas la tu

Tahniah, rezeki tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen