Nafi dakwaan tuduh pemandu mabuk, suami isteri minta maaf sebar video. -"Henti kecam kami."

Sepasang suami isteri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas akaun Tiktok milik Mubarak Khan bertubi-tubi diserang warga netizen.

Ia susulan muat naik hantarannya berhubung tuduhan ke atas seorang pemandu kontena yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kerosakan tiga buah kereta di bahu jalan.

Suami isteri minta maaf sebar video

Kedua-duanya tampil dalam satu kenyataanya meminta agar netizen berhenti mengecam mereka selain akui bahawa bukan mereka pemilik sebenar video berkenaan, sebaliknya diperoleh daripada 'group Whatsapp'.

 

 

 

"Bukan kami yang buat, jadi berhentilah kecam..."

"Kami cuma share sahaja dan ramai je yang share tapi saya yang jadi mangsa..."

Pun begitu, video tersebut telahpun dipadam atas sebab yang munasabah selain memaklumkan bahawa laporan polis telahpun dibuat.

Dakwaan pemandu mabuk tak benar

Terdahulu, tular sebuah video menyaksikan keadaan pemandu lori kelihatan tidak bermaya selepas dia melanggar 3 buah kereta di tepi jalan.

Tanpa soal selidik, seorang individu tidak bertanggungjawab tergamak membuat pertuduhan melulu ke atas pemandu terbabit dengan mengatakan bahawa dia memandu dalam keadaan mabuk.

 

Namun begitu, pihak polis dalam kenyataan memberitahu bahawa kejadian tersebut berpunca daripada masalah kesihatan pemandu terbabit yang didapati mengalami sakit dada.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen