Seronok solat berimamkan kekasih, gadis tutup ruangan komen lepas teruk dikritik

Islam amat menitikberatkan umatnya untuk sentiasa menjaga batas pergaulan, terutamanya bagi yang belum berkahwin. 

Selain demi menjaga adab dan maruah, ia juga dapat mencegah sebarang masalah lain yang mungkin boleh ke arah berlakunya zina.

Dikecam solat berjemaah dengan kekasih

Jadi, tidak hairanlah jika tindakan gadis ini menerima kecaman hebat dari warga netizen di Tiktok.

 

 

 

Siap cium tangan macam dah kahwin

Dalam sorotan yang dimuat naik itu, menyaksikan gadis yang ingin dikenali sebagai 'desiaf24' tanpa rasa bersalah memaklumkan bahawa dia sedang solat berjemaah dengan dimamkan kekasihnya selepas pulang dari sekolah.

Lebih tidak boleh diterima, mereka siap bersalaman cium tangan seperti pasangan suami isteri, walhal hubungan mereka masih belum sah.

Tutup ruangan komen lepas dikecam

Susulan perkongsian, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai kritikan dan kecaman berhubung tindakannya.

Namun, pemilik akaun akhirnya memutuskan untuk menutup ruangan komen, sementara video tersebut masih tidak dipadam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen