Lelaki tolong bayar denda RM4K kes remaja curi tabung masjid, belikan ubat untuk atok

Oleh: Shasha Zack

Isu seorang remaja lelaki yang mencuri tabung masjid menjadi tular di media sosial apabila dia telah dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid siap dilumurkan dengan kapur barus. 

Namun, timbul berita sebenarnya tindakan yang dibuat adalah untuk membeli ubat kencing manis datuknya yang agak mahal susulan mereka bukan orang senang.

"Kita perlu bantu, beri peluang kedua."

Memetik laporan Utusan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) difahamkan akan membayar denda RM4,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret Selayang ke atas remaja tersebut, atau nama sebenarnya Daniel Iskandar.

Bukan sahaja membayarkan denda, tetapi pihak Amanah juga akan membelikan ubat buat datuk remaja berkenaan yang menghidapi sakit kencing manis.

"Pemuda Amanah akan membantu keluarga remaja tersebut untuk bayar semua denda RM4,000 yang dikenakan serta belikan ubat kepada datuknya."

"Remaja 19 tahun ini juga perlu peluang kedua. Kita perlu membantu."

-Hasbie Muda (Ketua Amanah)-

"Tindakan mandi sebagai jenazah keterlaluan..."

Menurut Hasbie lagi, dia tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh AJK masjid memandikan Daniel sebagai jenazah dan menegaskan ianya adalah keterlaluan.

"Tindakan mandi jenazah dan sebar video kepada umum adalah amat keterlaluan. Maruah dan aib dia perlu dijaga."

"Apa hak ahli jawatan kuasa (AJK) masjid perlakukan seperti itu? Hukuman penjara 10 hari sebenarnya lebih dari memadai."

Makkamah jatuhkan hukuman 10 hari penjara, denda RM4k

Terdahulu, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 selepas remaja 19 tahun tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri tabung masjid.

Azman Abdullah selaku peguam yang mewakili tertuduh menyertakan alasan bahawa tertuduh terdesak bertindak mencuri kerana perlukan duit untuk membeliubat datuknya yang sedang sakit.

“Tertuduh merupakan anak sulung dan ibu bapanya telah bercerai sejak berusia lapan tahun (darjah dua). Dia tinggal dengan datuknya berusia 70-an dan mereka bukan orang senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen