Dana masjid bukan beli ubat atuk, polis sahkan remaja kaki judi dan positif syabu

Rentetan tular satu per satu rahsia yang mula dibongkar membabitkan seorang remaja lelaki terlibat kes curi tabung masjid, polis tampil menafikan remaja terbabit mencuri bagi tujuan membeli ubat untuk atuknya.

Polis nafi lelaki curi duit beli ubat atuk

Menurut ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superitendan Shafa'aton Abu Bakar, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

"Soat siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya sepertimana dakwaan yang tular di media sosial."

-Shafa'aton Abu Bakar-

Ujian air kecing 'sangkut'

Sementara itu, hasil saringan ujian air kencing juga mendapati remaja terbabit juga positif dadah jenis syabu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen