Gadis 'excited' nak surprise member nyanyi 'Happy Birthday', sekali terkejut kawan tengah solat

Oleh: Shasha Zack

Sudah menjadi kebiasaan apabila tibanya hari ulangtahun, rakan-rakan akan membuat kejutan dengan membeli hadiah atau kek hari jadi bagi meraikan hari kelahiran seseorang.

Samalah dengan seorang gadis yang telah bersungguh-sungguh menyediakan kejutan buat rakannya, namun dia pula yang menerima kejutan!.

Terus takjadi nyanyi, tutup pintu balik

Menerusi perkongsian @bagusaryakk di Tiktok, video tersebut mendapat tontonan ramai yang terhibur dengan 'surprise' takjadi diusahakan apabila nyanyian hanya sekerat jalan ketika membuka pintu melihat kawan sedang solat.

Situasi lebih kelakar apabila tukang rekod terpaksa menahan ketawa kerana terlampau 'terkejut' melihat rakan mereka di atas tikar sejadah seterusnya terpaksa 'menunggu' kejutan dibuat apabila rakan yang diraikan habis sembahyang.

"Kalau aku, dah tergelak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian ini malahan ramai yang menyatakan jika mereka berada di situasi itu, pastu tidak dapat menahan ketawa kerana masing-masing yang terkejut.

"Dah tak khusyuk member..."

"Lah, dia yang terkejut..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen