Kesian pengantin berpanasan, abang aiskrim tiba-tiba datang bersama payung

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila pergi ke majlis-majlis kahwin, pasangan pengantin akan diarak ketika waktu tengah hari dengan cuaca yang panas. Mana tidaknya, pada ketika itu lah ramai tetamu hadir.

Jadi, setiap pengantin biasanya akan dipayungkan oleh pengapit mengelak dari terasa bahang panas memandangkan mereka ini adalah raja sehari.

Lupa sediakan payung untuk pengantin.

Bagaimanapun, lain pula dengan pasangan pengantin ini apabila terlupa untuk menyediakan payung sehingga terpaksa berarak di bawah panas matahari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @um41_bojan memaparkan pasangan pengantin sedang berarak.

Bersimpati melihat pengantin tersebut terpaksa menahan panas, tiba-tiba seorang pemuda membawa payung aiskrim ke arah mereka lalu memayungkannya.

Malah, pemuda bersama payung aiskrim berkenaan turut memayung pengantin berkenaan ketika hendak menuju ke rumahnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur selain memuji tindakan abang aiskrim berkenaan.

Nasib ada abang aiskrim

Janji ada payung

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen