Tunai janji pada abang Viva, mak ayah terkedu tengok kereta baru depan rumah

Seperti yang telah dijanjikan usahawan dan suaminya untuk menghadiahkan abang Viva sebuah kereta baru, akhirnya dia mampu menarik nafas lega apabila urusan tersebut selesai.

Syukur kereta baru abang Viva keluar

Dia bernama Sha Hasan menerusi muat naik hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa syukur apabila kereta Mitsubishi Triton yang ditempah tempoh hari kini sudah bertukar tangan.

 

 

 

Ujarnya, sepatutnya waktu yang diambil untuk mendapatkan kereta tersebut memakan waktu hingga 2 atau 3 bulan, namun rezeki abang Viva, kereta tersebut dapat dikeluarkan lebih awal dari jangkaan.

Mak ayah berulang kali lafaz syukur

Dalam hantaran lain pula, pemilik akaun Tiktok menggunakan nama Iman adaa berkongsi sorotan 'live' yang dibuat oleh abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar saat menerima kunjungan Sha dan team ke rumahnya.

 

 

 

Tiada kata lain yang mampu diungkapkan ketika itu melainkan syukur atas niat baik usahawan itu, malah ibu bapa Azwan juga kelihatan sebak kerana tidak menyangka kereta tersebut ada di depan mata mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen