Syok melepak dengan member, bapa kalut dikejar anak suruh pulang ke rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila mempunyai masa terluang ketika waktu petang ramai orang akan mengambil kesempatan untuk beriadah bersama teman-teman mereka. Baik dewasa mahupun kanak-kanak pasti tidak akan melepaskan peluang ini.

Malah, sudah menjadi satu kebiasaan apabila ibu bapa akan memanggil anak-anak mereka pulang sekiranya sedang bermain di luar rumah ketika waktu senja. Mana tidaknya, orang tua-tua kata tidak elok berada di luar rumah pada waktu senja.

Anak panggil bapa suruh balik rumah.

Bagaimanapun, lain pula dengan satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @maizatulmazlan ini apabila si bapa pula dipanggil balik oleh anak.

Menerusi video yang dikongsikan itu memaparkan gelagat si bapa sedang berlari apabila dikejar oleh anaknya.

Difahamkan, anaknya itu mengejar agar bapa kerana ingin menyuruhnya pulang disebabkan hari telah petang namun dia masih berada di luar rumah.

Menjadi saksi gelagat anak dan bapa itu, rakan-rakan si bapa turut ketawa melihat aksi anak beranak berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat anak beranak berkenaan.

Laju papa dia lari

Mesti mak dia suruh ni

Tak boleh lepak dah lepas ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen