Mahu keadilan sewajarnya, peguam Daniel mohon bon berkelakuan baik

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan kes cuba mencuri tabung masjis beberapa hari lalu, remaja yang dimandikan seperti jenazah telah melantik peguam untuk mewakili dirinya bagi membuat semakan terhadap hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Memetik laporan Kosmo Online, remaja dikenali sebagai Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, memperoleh khidmat guaman Tetuan Hariz Syakinah & Co. secara percuma dengan bantuan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Menurut peguam remaja berkenaan, Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, pihaknya akan membantu remaja tular itu memohon semakan penjara 10 hari supaya sabitan hukuman tersebut diketepikan dan digantikan dengan bon berkelakuan baik atau apa-apa hukuman lain yang Mahkamah Tinggi Shah Alam fikirkan munasabah.

“Kita mahukan keadilan yang sewajarnya untuk Daniel Iskandar. Saya tidak dapat bersemuka dengannya di Penjara Kajang kerana prosedur operasi standard dan telah mendapatkan pelantikan guaman daripadanya secara bertulis melalui pegawai penjara,” katanya.

Sementara itu, Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan akhbar berkata, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. mendapat makluman terdapat satu prosi­ding semakan jenayah yang telah ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Tinggi­ Jenayah 1 di Shah Alam pada Isnin ini.

Sehubungan itu, katanya, atas dasar tersebut dan atas arahan untuk mewakili Daniel, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari tersebut.

Justeru, beliau meminta semua pihak mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat dan menunggu­ prosiding Isnin ini.

Terdahulu, video remaja lelaki dimandikan seperti jenazah oleh pengurusan masjid telah tular di media sosial selepas dipercayai kantoi cuba mencuri tabung masjdi berkenaan. Malah, remaja bertersebut juga telah dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistrest Selayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen