Dah hidup bersama baru tahu, Uqasha Senrose akui terkejut dengar bunyi dengkur suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagai pinang dibelah dua, itulah ungkapan yang sesuai buat pasangan pelakon Uqasha Senrose serta Kamal Adli yang telah selamat bernikah pada November tahun lalu.

Setelah hampir tiga bulan bergelar isteri, Uqasha nampaknya tidak teragak-agak berkongsi ‘rahsia’ mengenai suaminya setelah menjalani kehidupan bersama.

Pengantin baru dedah rahsia.

Menurut pelakon popular ini, dia mengakui tidak menyangka mendengar bunyi dengkuran suaminya ketika sedang tidur.

Mengakui terkejut akan perkara itu, namun pelakon terkenal dengan drama Setelah Terlafaznya Akad ini turut beranggapan bahawa ia lucu apabila suaminya menghasilkan bunyi kuat seperti itu sekali gus akan menjadi kebiasaan sebagai isteri.

“Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja),” kata Uqasha ketika ditemu bual program hiburan terbaru Hlive! baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat pasangan tersebut yang selesa menjadi diri masing-masing. Malah, mereka turut mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut bahagia hingga ke jannah.

Comel pasangan ni

Semoga bahagia

Ada pengalaman sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen