"Takde duit." - Datang sekolah pakai selipar, guru hadiahkan anak murid kasut baru buat ramai terharu

Oleh: Shasha Zack

Benarlah kata orang, guru umpama lilin yang membakar diri, menyinari anak-anak muridnya.

Peribahasa ini sesuai menggambarkan satu situasi di mana seorang guru yang memberikan sepasang kasut baru buat anak muridnya yang memakai selipar ke sekolah, buat ramai berkaca mata.

"Ayah dia kena strok otak, teruk juga. Mak dia jaga ayah full time..."

Perkongsian @cikpuangojes di Tiktok meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi kisah anak muridnya, Syakirah yang kehilangan kasut.

Menurut guru ini, ketika sedang mengajar, datang seorang pelajar perempuan dengan hanya memakai selipar kerana dikatakan kasutnya sudah lama hilang. Sayu hati apabila Syakira menjawab bahawa dia tiada duit saat ditanya sebab dia memakai selipar.

Difahamkan bapa pelajar tersebut mengalami strok otak sehingga menyebabkan ibunya tidak bekerja bagi menjaga ayahnya itu. Disebabkan itulah mereka tidak mampu untuk membeli kasut yang baru.

"Cindarella yang dicari."

Mujur guru ini sememangnya telah lama menyimpan satu kasut yang telah lama dibeli buat anaknya, namun masih belum dipakai kerana tersalah saiz ketika dibeli. pelbagai pelajar telah mencuba kasut tersebut, dan tiba-tiba hari itu, apabila Syakira mencuba, ternyata kasut itu menjadi rezekinya kerana dia muat memakainya!

"Menitis air mata tengok..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat Syakira. Malahan ramai yang mendoakan agar guru ini dipermudahkan urusan atas kebaikannya membantu murid yang memrlukan.

"Terbaik cikgu, moga dimurahkan rezeki..."

"Alhamdulillah baiknya teacher..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen