"Gambar bukan2!"- Bapa mengamuk tengok lukisan 'lelaki' nak 'tackle' anak darjah 3 dalam surat cinta

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan sepucuk surat cinta yang diperoleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di Tiktok.

Apa yang mengejutkan adalah isi surat cinta yang berunsur lucah, benar-benar merisaukan ibu bapa malah para netizen yang menonton!.

"Mia memang akan report kat mummy kalau ada apa2 pelik jadi..."

Perkongsian dari @kaklong di Tiktok membuatkan ramai berderau darah apabila melihat lukisan dalam surat cinta yang dihantar oleh seorang kanak-kanak dipercayai peminat anaknya.

Wanita ini pada mulanya membuka surat seperti biasa, dengan telahan bahawa pasti kata-kata manis yang bakal ditulis untuk 'mengorat' anak gadisnya.

Namun, berpinar kepalanya apabila mendapati lukisan dalam surat cinta berunsur lucah menunjukkan lelaki dan perempuan di atas katil serta lelaki yang sedang kencing berdiri di dalam tandas.

"Report kat cikgu, suruh ibu bapa pantau anak2..."

Surat cinta itu dikongsikan wanita ini pada suaminya membuatkan bapa tersebut mengamuk dan menegaskan agar perkara ini diberitahu pada guru.

Malahan, dia berharap agar ibu bapa dapat memantau anak-anak yang masih kecil, risau perkara sebegini menjadi punca kegiatan tak bermoral semakin menular.

"parents tolong cek phone anak2..."

Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata netizen yang turut risau dengan perkembangan budak sekolah zaman kini yang dipenuhi dengan gajet-gajet. Risau sekiranya mereka belajar perkara tersebut dari sumber internet yang tidak bermoral, malahan boleh mempraktikkan perkara terkutuk ini seawal usia muda.

Tidak kurang juga netizen yang berharap kes ini dapat diselesaikan dengan tegas dengan memberi hukuman kepada budak lelaki tersebut dan berjumpa dengan ibu bapanya untuk tindakan lanjut.

"Kemingkinan besar lambat asing tempat tidur..."

"Jumpa parents budak tu direct..."

"Advance betul budak zaman sekarang.."

"Adoi risaunya..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen