"Dulu hidup susah." -Kakak sebak dapat belanja adik2 bercuti, penuhi impian keluarga bila dah berjaya

Oleh: Shasha Zack

Semua orang pasti mempunyai impian masing-masing . Justeru, dengan usaha yang keras dan tidak putus asa, suatu hari pasti impian tersebut bakal menjadi kenyataan.

Begitulah kisah inspirasi seorang gadis yang tidak meminggirkan keluarga, apabila dia memenuhi impian adik-adiknya untuk bercuti di sebuah destinasi perlancongan idaman mereka.

"Aku bukan family senang, bila dapat bawak adik2 bercuti macamni, rasa sebak..."

Perkongsian @cikjenny di Tiktok menyentuh hati ramai ketika dia berkongsi kegembiraan adik-adiknya tatkala mereka bercuti bersama.

Menerusi kapsyen, @cikjenny megakui hidupnya yang susah dahulu, berjaya diubah berkat tiktik peluhnya berusaha hingga kini dia berjaya dan mampu memberi senyuman buat adik-adik kesayangannya.

"Moga Allah murahkan rezeki awak..."

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat kebaikan seorang kakak yang tetap membahagiakan keluarga setelah dia berjaya. Malahan, ramai yang mendoakan agar gadis ini dikurniakan kejayaan berlipat ganda atas kebaikannya membuat keluarga tersenyum.

"Menyentuh hati saya..."

"Bila kita datang dari family susah, belanja family makan pon dah happy kan..."

"Allah murahkan rezeki sebab happykan family..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen