Berdiri terketar-ketar 30 minit cari kad vaksin, gadis sebak 'guard' tak izin warga emas masuk 'mall'

Oleh: Shasha Zack

Sejak pandemik melanda negara kita, pelbagai undang terutama dari segi keselamatan diperketatkan bagi membendung penularan virus ini.

Hal ini termasuk pemakaian pelitup muka, pemeriksaan sijil vaksin dan aplikasi Mysejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.

"Orang tua mana pandai pakai phone canggih, ada yang buta huruf..."

Perkongsian @_kaksue mengundang sebak ramai apabila dia memuat naik video menunjukkan seorang warga emas yang terkial-kial mencari kad vaksin untuk ditunjukkan kepada pengawal bertugas sebelum memasuki sebuah pasaraya.

Difahamkan telah menunggu selama 30 minit, gadis ini mempersoalkan tentang hati budi pengawal keselamatan tersebut yang tidak mengizinkan warga emas itu untuk memasuki premis memikirkan kemungkinan bahawa dia seorang yang tidak celik IT.

"Betul guard ni buat kerja, tapi atuk di dah terketar berdiri..."

Empunya video ada menjelaskan situasi mengapa dia tidak boleh menghulurkan bantuan kerana sedang bekerja dan tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan kedai.

Malahan, dia turut meluahkan rasa kurang sennag dengan sikap tegas pengawal peribadi yang tidak boleh menunjukkan rasa simpati memandangkan warga emas itu telah berusaha mencari selama 30 minit dengan keadaan terketar-ketar.

"Aku takleh tengok orang tua pergi mall sorang2..."

"Berair mata tengok..."

"Kesiannya, bayangkan tu ayah kita..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen