Habis akad nikah, dua2 pengantin 'pengsan' dalam kereta cuit hati ramai. -"Penat sangat tu."

Oleh: Shasha Zack

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti tahu bagaimana penat dan lelahnya selepas selesai majlis perkahwinan.

Dengan segala persiapan sebelum majlis di samping kesibukan melayan tetamu di hari bahagia pastinya membuatkan badan terasa lesu dan cuma tidur yang bermain di minda mereka.

"Lepas akad nikah bukan enjoy, tapi terus tidur."

Itulah yang ditunjukkan dalam video @isarbshah apabila kedua pengantin sama-sama tidur dalam kereta setelah selesai akad nikah.

Apa yang mencuit hati netizen adalah gelagat satu kereta yang tidur bagaikan 'pengsan' dapat disifatkan atas faktor terlampau penat hingga langsung tiada momen mereka 'bergembira' atau meraikan 'kejayaan perkahwinan' dan lebi memilih tidur.

"Penat oi kahwin malam fikir tidur je..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen memahami perasaan penat yang dirasakan pengantin dan akui semua pasangan yang telah berkahwin pernah melaluinya.

Malahan, rata-rata terhibur melihat pasangan tersebut yang lebih memilih tidur lebih dari 'meraikan' perkahwinan mereka.

"Yang tengah tu penat sangat tengok..."

"Macamni lah aku lepas bersanding."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen