Eksiden sampai remuk kereta, isteri 'terciduk' suami sendiri turun kawasan hulur saman

Lazimnya, dalam setiap negara itu mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi bagi melancarkan sistem pengurusan sesebuah negara itu sendiri.

Dalam hal ini, tiada istilah saudara mara atau keluarga, hukuman tetap akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar mana-mana undang yang sudah termaktub.

Isteri tak isteri, saman tetap saman

Hal itu juga telah dilalui oleh Hajar Roslan sewaktu dia terlibat dalam satu kemalangan apabila kereta yang dipandu olehnya berlanggar dengan kereta lain.

Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila dia memaklumkan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang anggota beruniform 'turun padang' menyaksikan insiden itu dan tidak semena-mena saman diberikan kepadanya kerana kecuaian.

 

 

Selain perlu menanggung kerugian lain, dia juga agak kecewa apabila namanya 'buruk' dalam sistem polis buat pertama kalinya susulan insiden tak disengajakan itu.

"Suruh bini tidur luar bang"

Walaubagaimanapun, warga netizen terus menerus berseloroh agar suaminya menyuruh sang isteri tidur di luar sahaja sebagai denda.

 

"Suami awak jujur"

Pun begitu, ada juga yang memuji sikap tanggungjawab dan amanah suaminya dalam menjalankan tugas walaupun kesalahan tersebut membabitkan keluarga sendiri.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen